SJKC PUI CHI

Tuesday, July 28, 2009

SUKAN TAHUNAN PUI CHI















































SEJARAH SEKOLAH

.SJKC PUI CHI telah ditubuhkan dalam tahun 1936.
.Pada peringkat awal
penubuhannya, sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan terpaksa menumpang di sebuah kedai di Jalan Besar, Bukit Rotan.
•Sekolah ini diasakan oleh Encik Lee Heng Kai
dan keluarganya. Encik Lee merupakan orang kaya yang merangkat sebagai pemimpin masyarakat di ketika itu. •Beliau telah menyumbangkan wang ringgit untuk mengelolakan sekolah ini. Justeru itu, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
Lembaga Pengurus sekolah ini semenjak tahun 1936 sehingga 1970.
•Disebabkan oleh masalah kesihatan jawatan beliau telah diambil alih
oleh anak sulungnya iaitu Encik Lee Leong Boon.
•Encik Lee Leong Boon telah memegang jawatan tersebut selama 13
tahun dan bersara pada tahun 1983.
•Kemudian jawatan tersebut telah disandang pula oleh Encik Tee Pat
Tiew dari tahun 1984 hingga 1990.
•Encik Tee Pat Tiew telah meninggal dunia pada tahun 1990 dan Encik
Lee Kok Keng telah dilantik sebagai pengerusi dari tahun 1990 hingga
sekarang.
•Pada tahun 1946, seorang peniaga Encik Tan Kiam telah bermurah
hati menghadiahkan sebidang tanah di Pekan Assam Jawa kepada
Lembaga Pengurus sekolah untuk membina bangunan sekolah.
•Pada tahun yang sama juga bangunan sekolah yang berdindingkan papan dan berbumbungkan zing terbina.
•Maka berpindahlah sekolah ini dari Bukit Rotan ke Assam Jawa.
•Pada tahun 1960, sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai “Pui Chi National Type Primary School”
dengan jumlah muridnya seramai 108 orang.
•Pada tahun 1963, satu jawatankuasa pembinaan sekolah yang diketuai
oleh Encik Lee Boon Bak ditubuhkan. Ianya bertujuan untuk membina dan membaiki bangunan sekolah yang
telah lama dan uzur.
•Pada tanggal 2hb. September 1965, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah memperuntukkan sebanyak RM14,000 untuk projek membina
semula bangunan baru sekolah ini.
•Malangnya tapak asal sekolah ini tidak dapat memenuhi keperluan
pembinaan bangunan tersebut kerana terlalu sempit.
•Jawatankuasa pembinaan sekolah terpaksa membeli tapak jiran
sebelahnya untuk melaksanakan tujuan itu.
•Akhirnya bangunan sekolah yang baru telah dapat didirikan dan telah
dirasmikan oleh Y.B.Dato’ Dr. Tan Tiong Hong pada 13hb. Oktober
1982.
•Pada awal tahun 1994, sebuah bilik baru yang kini digunakan sebagai
bilik muzik juga siap dibina.
•Kos pembinaan tersebut dibiayai oleh Persatuan Ibu bapa dan guru-
guru S. R. J. (C) Pui Chi.
•Pada tahun 2006, kerajaan memberi sumbangan untuk membina
sebuah bilik komputer yang baru serta memasang hawa dingin.

PENGASAS SEKOLAH

1.LEE HENG KAI (1970)
Beliau adalah seorang yang kaya merangkap pemimpin masyarakat pada masa itu.
Keluarganya besar dan mempunyai banyak harta. Pada mulanya beliau mengadakan sekolah untuk anak-anak keluarga sendirinya sahaja.

2.LEE LEONG BOON (1990)
Anak sulung Lee Heng Kai. Beliau menjadi Pengerusi Lembaga sekolah daripada tahun 1970 hingga 1983.

SJK (C) PUI CHI -- LENCANA SEKOLAH

Pen melambangkan pengetahuan
Geometri melambangkan matematik
Obor melambangkan masa depan yang cerah
Gear melambangkan sains dan teknologi

PELAN SEKOLAH

LAGU SEKOLAH